Wednesday 25 March 2015

TAK DIJANGKA

Assalamualaikum semua...\

Minggu ni ada program kat kolej. Semua program yang dianjurkan best2. kat sini ku dapat kenal member kelas punya bakat. Sebelum ni kami cuma sembang2 kosong. Tapi bila dia join program ni. Pergh... Bakat dia memang daebak. First time tengok dia nyanyi full. Kalau ku tak tengok program ni bila lagi la nak dapat tengok dia. Bab dia lain kos.Cantik pun cantik. Awesome beb. Rugi kalau tak datang

ALASAN

Assalamualaikum semua...

Tajuk minggu ni alasan. Semua orang ada alasan dalam setiap perbuatan. Standard la kalau orang banyak alasan. Kadang alasan tu penting untuk nak survive diri sendiri. Alasan tu kadang baik kadang tak baik. Depend kat orang tu. Hehe...

Wednesday 18 March 2015

Homesick

Assalammualaikum....

Tajuk untuk post ni pulak ialah homesick. Homesick tu benda biasa la kalau untuk pelajar. Sapa tak homesick tambah pulak duduk jauh dari rumah. Kadang bila tengok dinding sorang2 pun boleh teringat kat rumah. Bila stress dekat sini pun boleh teringat gak. Huhu... Sebab pa boleh kuaq tajuk ni. MInggu ni akak aku balik kampung. Jeles pulak dengan akak dapat balik rumah. Tapi sebab fikirkan sayangkan kelas tu malas nak balik.

Bila sembang dengan akak teringatkan kat mak. Mak kami kalau kami yang duk jauh ni balik, dia mesti sibuk memasak. Setiap hari dia tanya nak makan apa. Tak pernah penat untuk masak kat anak2 dia. Kadang sampai rasa bersalah nak tinggal mak kat rumah. Rindu masakan dia. Tambah lagi kalau ayam dengan sambal. Pergh... Sedapnya.. Bila boleh balik. Hehe... Rindu kat rumah..Mesti sekarang tengah riuh rendah kat rumah. Anak menakan mesti tengah main ramai2. Tambah pulak tengah cuti sekolah. Rumah kat landak pulak port untuk cucu2 tok nah. Hehe...

Ulang Tahun Saya !

Assalamumualaikum semua.....

Tajuk minggu ni aku dapat ulang tahun aka birthday. Emm... Family aku kalau birthday ni kami tak sambut sangat. Kadang birthday ka tak birthday ka sama ja. Tapi wish tu ada la. Kawan-kawan ku kat sekolah pun jarang sambut birthday ni. Tapi depa memang ingat la birthday tu.

Pernah sekali family aku sambut birthday aku. Time tu aku share dengan anak menakan ku. Time tu memang riuh rumah. Semua adik beradik balik, Pergh.... Memang pening kepala mak tengok rumah riuh rendah. Cucu waktu tu lebih dari 5 orang. Rumah kecil dengan adik beradik lagi. Tapi best la bab kami semua jangan boleh jumpa semua sekali. Waktu tu pakat tak sibuk sangat. Pulak semua dok dekat. Memang tak terkata.  

Thursday 12 March 2015

Ragam Kehidupan

Assalammualaikum...

Kadang-kadang kita sendiri tak boleh nak faham tentang perangai sendiri. Apakan lagi nak faham perangai orang lain. Even nujum pun tak dapat nak tafsir dalam jampi dia. Hidup ini memerlukan kepercayaan tak kira antara kita dengan keluarga, kawan mahupun terhadap Allah SWT. Apabila kita ingin meletakkkan kepercayaan kepada seseorang, seseorang tidak semestinya mampu untuk dipercayai. Jadi kita kena berhati-hati memilih orang yang mampu untuk dipercayai.

Hidup sendirian adalah lebih baik bagi sesetengah orang. Orang merasa lebih mudah untuk bergerak sendiri. Tak perlu tunggu kawan la. Tak perlu ambil tahu pasal orang la. Tak rasa jeles ka? Tengok orang dengan kawan-kawan dia gelak ketawa. Ada orang memberi sokongan dan membantu dalam kesusahan. Tapi untuk berkawan kadang kita perlu memahami mereka agar hubungan persahabatan menjadi lebih baik. Setiap hubungan mempunyai cara yang tersendiri.

Samapi sini ja untuk hari ni. Kita jumpa pada minggu hadapan.
Bye.

"SILAP @ KESILAPAN"

Assalammualaikum.....

"SILAP @ KESILAPAN"
 
Apakah itu kesilapan? Baiklah kesilapan itu merupakan satu perbuatan yang sering dilakukan oleh setiap manusia tidak kira lingkugan usia sekali pun.Kesilapan ini kadang-kadang datang daripada kesilapan diri kita sendiri atau kadang-kadang datang juga daripada pengaruh luar yang mana kita sering terpengaruh sehingga menyebabkan kita melakukan kesilapan yang sama ada sangat besar atau kecil.Aku juga sering melakukan kesilapan yang mana kadang-kadang kesilapan aku ini diluar jangkauan aku sendiri.Pernah je ak bertindak tanpa berfikir panjang sehinggakan menimbulkan kemarahan orang lain mahupun ketidak selesaan orang terhadap kesilapan yang aku buat ni.Tapikan kesilapan ni sebenarnya bukannya merupakan satu dosa akan tetapi satu lumrah kehidupan manusia itu sendiri.Cuba kita renung sejenak,jikalau kita tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan kita seharian mungkin kita akan merasa setiap detik jarum berdetik kita sentiasa rasa yang kita ini betul sentiasa.Betul tak?Sebenarnya kesilapan ini bukanlah satu kesalah yang besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya dosa,akan tetapi kesilapan boleh diperbaiki,dipertingkatkan lagi,diperbaharui,diperbetulkan kembali dan sebagainya. Cubalah kita bayangkan ye...kita telah buat kesilapan dalam peperiksaan takkanlah itu pon dikira satu dosa?Mesti pelikkan dan confirmlah orang takut nak buat kesilapan dalam peperiksaan lagi lepas ni....Betul tak?
Jadi yang sebenarnya kesilapan yang dimaksudkan disini ialah merupakan satu perbuatan yang sering dilakukan oleh setiap lapisan umur tanpa menyebabkan ia menjadi dosa.Kesilapn yang sebenarnya ialah banyak mengajar kita apakah itu sebenarnya erti sebuah kemanisan kehidupan. Disebabkan kita melakukan  kesilapan dalam kehidupan ini telah menjadikan kehidupan kita diwarnai dengan pelbagai warna-warna kehidupan.Kesilapan yang kita lakukan banyak memberi kita rasa satu kehidupan yang baru untuk ditimba dan diperbetulkkan.Dengan hadirnya kesilapan dalam kehidupan kita ini, ia telahpun memberi kita pengajaran dan juga pengalaman yang boleh kita timba. Daripada kesilapan ni lah kita boleh belajar sesuatu benda baharu dalam kehidupan kita seharian.
Bak kata orang-oarng veteran "Belajarlah daripada KESILAPAN".Hal ini kerana kesilapan banyak membantu kita untuk menghadapi masa depan kita dengan lebih yakin dan berani.Even seorang usahawan yang berjaya pun mereka sebenarnya belajar sesuatu yang baru daripada kesilapan mereka yang lalu,kerana kesilapan banyak memberi inspirasi untuk terus maju llebih kehadapan bukannya mundur.
Oleh itu,marilah kita belajar daripada kesilapan kita yang lampau agar dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan kita seharian supaya kita lebih maju kehadapan dan jangan berada dalam takuk yang lama.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Wednesday 4 March 2015

Roommate aku

Asssalamualaikum...

Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu, sayangku. haaa... Nak tau sapa? Hehe. Meh ku nak bagi tahu.

Ni aku nak cita pasal rooommate aku ni. Nama dia???  Nak tahu cari la sendiri. hehe.... Dia seorang yang sporting. Redha ja dengan perangai aku walaupun aku perangai tak ketahuan. Dia seorang yang sangat lawak. Lawak dia kadang-kadang tanpa dia sedar dia buat lawak. Tengok sekarang dia dah redha dah. hihi...

Dia ada bias. jeng jeng jeng. iaitu baekhyun exo. Sapa berani ambik? Prepare siap-siap. Hehe...jangan harap boleh amik..hahahahah...roomate aku ni tak suka makan pedas sama dengan aku..tapi setiap kali kitorang pesan makanan yang orang kata tak pedas...mesti kitorg rasa pedas...hahahah....

Dia rapat dengan jiran bilik sebelah. kalau depa bergabung meletup. Habis aku kena dengan diorang. hehe... tapi kalau depa tak da sunyi ja rasa. Harap dapat stay dengan diorang walaupun aku selalu kena.

Okaylah. Nanti kita sambung lagi.


Me

Assalamualaikum....

Di sini aku ingin memperkenalkan diri aku. Nama aku Nor Liyana, tapi waktu sekolah dulu kawan-kawan panggil aku Dekna, tapi sekarang kawan-kawan aku panggil Yana. Aku dilahirkan pada 7 Nov 1995. Aku berasal dari Taman Sri Landak, Kedah Darul Aman. Tempat tinggal aku terletak di sempadan Perak. Aku merupakan anak bongsu dari lapan orang adik-beradik. Manja tu biasalah sebab aku anak bongsu kan..hihihi...

Mendengar lagu adalah hobi aku, genre lagu yang aku suka ialah Kpop...Antara lagu kesukaan aku ialah 'Just One day by BTS', 'Growl by 'EXO' dan banyak lagi. Aku kadang-kadang teringin juga nak kompose lagu tapi aku tak reti nak tulis lirik lagu dan main alat muzik...angan-angan je boleh, pendam dalam hati saja lah...hihihi...Kalau nak cerita pasal pengalaman sukan-sukan ni...memang aku saja lah yang tengok orang main...hahahaha....

Kadang-kadang aku ni seorang yang perahsia sikit tapi bila masuk belajar kat UKM ni...susah aku nak simpan rahsia,sebab...ada kakak-kakak yang pandai korek rahsia, diorang dua tu tahu je kalau aku ada sorok apa-apa atau mood aku tak menentu...hihi...sayang kakak-kakak ku...hahahaha...roomate dan jiran bilik sebelah aku pon boleh tahan juga kalau bab nak kenakan aku ni...adooiiiii....hahah....yang penting aku gembira dengan diorang.

hihihi...

okay lah...sampai sini je lah cerita pasal diri aku..nanti kita sambung lagi..
nak tulis korea sikit lah...

Annyeoonggg...!!!

:)