Wednesday 18 March 2015

Homesick

Assalammualaikum....

Tajuk untuk post ni pulak ialah homesick. Homesick tu benda biasa la kalau untuk pelajar. Sapa tak homesick tambah pulak duduk jauh dari rumah. Kadang bila tengok dinding sorang2 pun boleh teringat kat rumah. Bila stress dekat sini pun boleh teringat gak. Huhu... Sebab pa boleh kuaq tajuk ni. MInggu ni akak aku balik kampung. Jeles pulak dengan akak dapat balik rumah. Tapi sebab fikirkan sayangkan kelas tu malas nak balik.

Bila sembang dengan akak teringatkan kat mak. Mak kami kalau kami yang duk jauh ni balik, dia mesti sibuk memasak. Setiap hari dia tanya nak makan apa. Tak pernah penat untuk masak kat anak2 dia. Kadang sampai rasa bersalah nak tinggal mak kat rumah. Rindu masakan dia. Tambah lagi kalau ayam dengan sambal. Pergh... Sedapnya.. Bila boleh balik. Hehe... Rindu kat rumah..Mesti sekarang tengah riuh rendah kat rumah. Anak menakan mesti tengah main ramai2. Tambah pulak tengah cuti sekolah. Rumah kat landak pulak port untuk cucu2 tok nah. Hehe...



Tambahan...
Hari ni kawan ku sangat gembira. Dah seminggu dia cari anak yatim untuk program hari kanak-kanak. Hari ni baru dapat anak yatim tu. Nampak la senyumannya yang lebar. Harap program tu dapat berjalan dengan lancar dan baik. Wish all best.

Setakat ni saja la cer untuk hari ni. Kita jumpa minggu depan lak.
Bye...

No comments:

Post a Comment