Thursday 4 June 2015

Good Luck

Assalammualaikum semua...

Pejam celik pejam celik dah nak final dah. Cepatnya masa berlalu. Dah 14 minggu dah.

Wednesday 3 June 2015

Minggu 14

Assalammualaikum semua...

Minggu 14 ialah minggu terakhir kelas pembelajaran. Dah la tak da study week. Memang minggu ni mencabar la. Minggu ni la banyak kerja kena buat. Banyak presentation. Aku tengok kawanku banyak kerja. Minggu ni kami jarang cakap. Aku masuk bilik nak tidur. Dia pun nak tidur. dah.

Akhirnya

Akhirnya...

Assalammualiakum semua...

Tema ini merupakan tema terakhir blog untuk kelas aplikasi komputer semester ni. Cepat kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik dalam nak final exam. Tamat juga kelas aplikasi komputer. Rasa cam tak seronok pulak dah habis kelas. Meh aku cerita sikit sal kelas ni.

Wednesday 27 May 2015

Dinner

Assalammualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita pasal dinner. Tapi bukan dinner kolej tapi untuk dinner program kat kolej. Dinner ni kat luar kolej. Memeber-member aku dah excited dah. Almaklum la makanan free. Jimat duit nak makan malam.

Pembentangan Power Point

Assalammualaikum semua....

Tema minggu ini ialah pembentangan power point. Lepas pembentangan ni, kira lega sikit. Terlebih dahulu, aku nak minta maaf kat kumpulan aku sebab aku lambat sampai. Jadi kumpulan aku kena present lewat. Jadi aku nak minta maaf sangat-sangat.

Wednesday 20 May 2015

Lab Test

Assalammualaikum semua...

Tema minggu ni lab test.  Lab test untuk subjek aplikasi komputer ada 2. Lab test 1 berkaitan microsoft word, excel, dengan power point. Lab test 2 berkaitan dengan microsoft access. Dua2 lab test boleh tahan mencabar gak. Nasib baik boleh tengok nota. Tidak....

Kencing Manis

Assalammualaikum semua....

Kencing manis atau diabetes.. Erm... Kenapa aku pilih tajuk ni? Rasa-rasa kenapa. Ni aku nak cita sikit.

Wednesday 13 May 2015

Hari

Assalammualaikum semua.....

Hari ini, esok dan semalam. Benda yang akan kita hadapi sepanjang kita hidup. Kita sebagai manusia mahupun haiwan sekali akan  merasa perubahan hari yang berlaku. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Kadang=kadang kita tak sedar cepat masa berlaku. Masuk kelas, balik kelas, makan, minum, tidur dan hal lain-lain. Kejapkan sehari berlalu. Kadang kita tak sempat nak buat apa yang dirancang.Kita menyesal dengan hari-hari yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, dan apa yang kita hadapi di masa depan. Yang lepas jangan dikenang,hadapi apa yang akan berlaku, dan merancang sesuatu yang baik untuk masa hadapan.

Sekian semua..
Bye...

Ujian

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua....

Ujian tak semestinya ujian peperiksaan atau kuiz. Ujian ialah sesuatu yang terjadi kepada kita sama ada baik atu buruk. Sukar nak gambarkan ujian yang dihadapi oleh seseorang. Setiap individu berbeza tahap ujian yang mereka hadapi. Sesuatu yang tak dijangka boleh terjadi, sesuatu yang orang lain tahu tapi kita tak tahu. Masalah yang datang dengan banyak merupakan satu ujian. Kita dapat belajar sesuatu dari ujian yang telah berlaku. Belajar dari kesilapan dan ujian kita dan memahami orang yang hadapi ujian. Kita perlu membantu orang lain dalam menghadapi ujian. ujian adalah sesuatu pengalaman yan mana ianya akan menjadi pengajaran dan bimbingan dalam hidup kite yang bakal mendatang....Semoga kita semua tabah dalam ujian yang kita sedang dan akan hadapi..

Sekian semua...
Bye..

Wednesday 6 May 2015

10

Assalammualaikum dan salam sejathera semua....

2x5=10, 5x2=10, ada apa dengan nombor 10...

Sabar

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari tu aku balik rumah kat kedah. Punya syok nak balik aku ambik tiket pagi. Tiket bas aku 10 pagi. Kira yang tu paling awal. Aku nek bas dalam 10.30 pagi. Masuk bas apalagi tidur la.

Wednesday 29 April 2015

Lambat

Assalammualaikum semua...

Lambat... Itu sinonim bagi diri aku. Aku lambat dalam semua aspek. Lambat bangun, lambat buat kerja, lambat ke kelas dan macam-macam lagi. Keluarga aku pun akuinya. Hehe... Tapi aku tak kisah sebab mak ayah aku pun tak kisah. Cuma bila hari kena cepat tu, memang emm. Tak tahu la nak cakap apa.

BFF

Assalammualaikum semua...

Minggu ni aku balik kampung halaman aku. Aku balik sebab ramai orang yang nak balik minggu ni sebab tak da study week. Terus aku pasang niat nak balik. Lagi pun minggu ni bff aku cuti tambah lagi rasa nak balik tu.

Wednesday 22 April 2015

Fantasi

Assalammualaikum semua...

Sebut pasal fantasi ni bagi aku kartun. Dunia anime merupakan dunia fantasi aku dari kecik sampai sekarang. Kakak dan abang aku selalu kutuk aku sebab aku suka anime. Lantaklah dah aku minat. Janji aku tak kacau depa tengok cita.

On the way

Assalamualaikum semua.....
aku tanya apa khabar semua??
hehehehe...

Apa macam cuti mid sem? Best tak? Hampa p mana tak cuti? Aku cuti tak pi mana-mana pun. Kejap ja kan cuti seminggu. Pejam celik pejam celik dah seminggu. cuti. Malas tak pi universiti. Aku kerja tengok tv, makan, minum dengan tidur. Dah cuti kena nikmatinya sepenuhnya. Kan.

Wednesday 15 April 2015

Realiti

Assalammualaikum semua...

Adakah realiti hidup kita akan sama untuk setiap orang? Kalau realiti kita sama kenapa setiap orang mempunyai hidup yang berbeza. Ada yang hidup dalam kesenangan, ada yang hidup boleh menampung keperluan sahaja, dan ada kadang nak makan pun tak mampu. Jawapannya realiti hidup setiap orang berbeza.

Cuti Mid Sem

Assalammualaikum semua...

Minggu ni minggu cuti mid sem. Konfem ramai yang balik rumah. Biasa la kalau dah cuti sapa tak nak balik. Mungkin ada la yang tak balik sebab hal yang tertentu. Hehe...

Wednesday 8 April 2015

Detik-detik yang tak diduga

Assalammualaikum semua...

Hari ini aku nak cerita pasal sabtu minggu lepas. Aku dengan member aku keluar jalan-jalan untuk nak sambut habis program la. Kami semua pi port dickson. Bagi aku first time pi sana. Tambah aku dok kat kedah memang susah nak turun bawah nak keluar jalan.

Peraturan

Assalammualaikum semua....

Minggu ni tajuk aku dapat peraturan. Peraturan adalah sesuatu yang kita patut patuhi. Ada banyak peraturan dalam hidup ini. Peraturan akan mengajar kita untuk lebih berdisiplin. Contoh peraturan ialah peraturan dalam kelas, peraturan dengan guru, peraturan dalam peperiksaan dan lain-lain lagi. Peraturan akan sentiasa akan ada dalam kehidupan kita. Setiap perkara ada peraturan yang tertentu. Sesetengah peraturan ada yang disukai dan ada yang tak boleh masuk dengan diri.

Wednesday 1 April 2015

Kenangan

Assalammualaikum...

Hari ni ku nak cita pasal program kolej aku minggu lepas iaitu TG2KM. Habis tg semua pakat rindu. Semua pakat teringat apa yang terjadi dalam minggutu.

Hari jumaat ada mega gelandangan. First time kot join gelandangan. Waktu tu timbul kesedaran kepada diri sendiri. Rupa ada orang kat luar lagi susah dari kita. Kita kena sentiasa beringat. Janganlah membazir.

Minggu lepas ada hari kanak-kanak. Riuh sungguh kanak-kanak tu. Kanak-kanak tu kebanyakan asal dari rumah anak yatim. Sedih bila kenang hidup mereka kat rumah anak yatim. Tapi dapat nampak la kegembiraan mereka hari tu. Ada yang kreatif, ada yang ikut cakap, ada yang nakal. Siap angkut baldi waktu main game isi air dalam botol. Kesian kat kawan habis muka kena make up teruk dalam make up show. Tak nampak rupa dah dia. Boleh nampak bakat terpendam budak-budak tu waktu hias cupcake. Cantik....

Tiap-tiap malam kena pi pentas utama. Balik ja terus kena siap cepat-cepat. Tapi bila habis rasa cam kosong ja. Selalu riuh rendah dengan kawan satu post. Sekarang susah nak jumpa sebab lain kos dengan fakulti. Waktu time jaga pentas sampai 3 pagi, tak rasa apa sebab mereka ada. Pentas tu kira kami semua punya lah.  Sedih bila teringat balik..

Sampai sini ja la untuk minggu ni. Kita jumpa lagi.
Bye

Tanggungjawab

Assalamualaikum semua...

Tanggnungjawab.... Sesuatu yang sukar dikatakan.  Setiap orang ada tanggungjawab yang tersendiri. Tanggungjawab ialah sesuatu kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Ada kadang dia di luar jangkaan. Kita tak tahu setakat mana kemampuan kita. Kadang-kadang tanggungjawab memberi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan.

Wednesday 25 March 2015

TAK DIJANGKA

Assalamualaikum semua...\

Minggu ni ada program kat kolej. Semua program yang dianjurkan best2. kat sini ku dapat kenal member kelas punya bakat. Sebelum ni kami cuma sembang2 kosong. Tapi bila dia join program ni. Pergh... Bakat dia memang daebak. First time tengok dia nyanyi full. Kalau ku tak tengok program ni bila lagi la nak dapat tengok dia. Bab dia lain kos.Cantik pun cantik. Awesome beb. Rugi kalau tak datang

ALASAN

Assalamualaikum semua...

Tajuk minggu ni alasan. Semua orang ada alasan dalam setiap perbuatan. Standard la kalau orang banyak alasan. Kadang alasan tu penting untuk nak survive diri sendiri. Alasan tu kadang baik kadang tak baik. Depend kat orang tu. Hehe...

Wednesday 18 March 2015

Homesick

Assalammualaikum....

Tajuk untuk post ni pulak ialah homesick. Homesick tu benda biasa la kalau untuk pelajar. Sapa tak homesick tambah pulak duduk jauh dari rumah. Kadang bila tengok dinding sorang2 pun boleh teringat kat rumah. Bila stress dekat sini pun boleh teringat gak. Huhu... Sebab pa boleh kuaq tajuk ni. MInggu ni akak aku balik kampung. Jeles pulak dengan akak dapat balik rumah. Tapi sebab fikirkan sayangkan kelas tu malas nak balik.

Bila sembang dengan akak teringatkan kat mak. Mak kami kalau kami yang duk jauh ni balik, dia mesti sibuk memasak. Setiap hari dia tanya nak makan apa. Tak pernah penat untuk masak kat anak2 dia. Kadang sampai rasa bersalah nak tinggal mak kat rumah. Rindu masakan dia. Tambah lagi kalau ayam dengan sambal. Pergh... Sedapnya.. Bila boleh balik. Hehe... Rindu kat rumah..Mesti sekarang tengah riuh rendah kat rumah. Anak menakan mesti tengah main ramai2. Tambah pulak tengah cuti sekolah. Rumah kat landak pulak port untuk cucu2 tok nah. Hehe...

Ulang Tahun Saya !

Assalamumualaikum semua.....

Tajuk minggu ni aku dapat ulang tahun aka birthday. Emm... Family aku kalau birthday ni kami tak sambut sangat. Kadang birthday ka tak birthday ka sama ja. Tapi wish tu ada la. Kawan-kawan ku kat sekolah pun jarang sambut birthday ni. Tapi depa memang ingat la birthday tu.

Pernah sekali family aku sambut birthday aku. Time tu aku share dengan anak menakan ku. Time tu memang riuh rumah. Semua adik beradik balik, Pergh.... Memang pening kepala mak tengok rumah riuh rendah. Cucu waktu tu lebih dari 5 orang. Rumah kecil dengan adik beradik lagi. Tapi best la bab kami semua jangan boleh jumpa semua sekali. Waktu tu pakat tak sibuk sangat. Pulak semua dok dekat. Memang tak terkata.  

Thursday 12 March 2015

Ragam Kehidupan

Assalammualaikum...

Kadang-kadang kita sendiri tak boleh nak faham tentang perangai sendiri. Apakan lagi nak faham perangai orang lain. Even nujum pun tak dapat nak tafsir dalam jampi dia. Hidup ini memerlukan kepercayaan tak kira antara kita dengan keluarga, kawan mahupun terhadap Allah SWT. Apabila kita ingin meletakkkan kepercayaan kepada seseorang, seseorang tidak semestinya mampu untuk dipercayai. Jadi kita kena berhati-hati memilih orang yang mampu untuk dipercayai.

Hidup sendirian adalah lebih baik bagi sesetengah orang. Orang merasa lebih mudah untuk bergerak sendiri. Tak perlu tunggu kawan la. Tak perlu ambil tahu pasal orang la. Tak rasa jeles ka? Tengok orang dengan kawan-kawan dia gelak ketawa. Ada orang memberi sokongan dan membantu dalam kesusahan. Tapi untuk berkawan kadang kita perlu memahami mereka agar hubungan persahabatan menjadi lebih baik. Setiap hubungan mempunyai cara yang tersendiri.

Samapi sini ja untuk hari ni. Kita jumpa pada minggu hadapan.
Bye.

"SILAP @ KESILAPAN"

Assalammualaikum.....

"SILAP @ KESILAPAN"
 
Apakah itu kesilapan? Baiklah kesilapan itu merupakan satu perbuatan yang sering dilakukan oleh setiap manusia tidak kira lingkugan usia sekali pun.Kesilapan ini kadang-kadang datang daripada kesilapan diri kita sendiri atau kadang-kadang datang juga daripada pengaruh luar yang mana kita sering terpengaruh sehingga menyebabkan kita melakukan kesilapan yang sama ada sangat besar atau kecil.Aku juga sering melakukan kesilapan yang mana kadang-kadang kesilapan aku ini diluar jangkauan aku sendiri.Pernah je ak bertindak tanpa berfikir panjang sehinggakan menimbulkan kemarahan orang lain mahupun ketidak selesaan orang terhadap kesilapan yang aku buat ni.Tapikan kesilapan ni sebenarnya bukannya merupakan satu dosa akan tetapi satu lumrah kehidupan manusia itu sendiri.Cuba kita renung sejenak,jikalau kita tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan kita seharian mungkin kita akan merasa setiap detik jarum berdetik kita sentiasa rasa yang kita ini betul sentiasa.Betul tak?Sebenarnya kesilapan ini bukanlah satu kesalah yang besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya dosa,akan tetapi kesilapan boleh diperbaiki,dipertingkatkan lagi,diperbaharui,diperbetulkan kembali dan sebagainya. Cubalah kita bayangkan ye...kita telah buat kesilapan dalam peperiksaan takkanlah itu pon dikira satu dosa?Mesti pelikkan dan confirmlah orang takut nak buat kesilapan dalam peperiksaan lagi lepas ni....Betul tak?
Jadi yang sebenarnya kesilapan yang dimaksudkan disini ialah merupakan satu perbuatan yang sering dilakukan oleh setiap lapisan umur tanpa menyebabkan ia menjadi dosa.Kesilapn yang sebenarnya ialah banyak mengajar kita apakah itu sebenarnya erti sebuah kemanisan kehidupan. Disebabkan kita melakukan  kesilapan dalam kehidupan ini telah menjadikan kehidupan kita diwarnai dengan pelbagai warna-warna kehidupan.Kesilapan yang kita lakukan banyak memberi kita rasa satu kehidupan yang baru untuk ditimba dan diperbetulkkan.Dengan hadirnya kesilapan dalam kehidupan kita ini, ia telahpun memberi kita pengajaran dan juga pengalaman yang boleh kita timba. Daripada kesilapan ni lah kita boleh belajar sesuatu benda baharu dalam kehidupan kita seharian.
Bak kata orang-oarng veteran "Belajarlah daripada KESILAPAN".Hal ini kerana kesilapan banyak membantu kita untuk menghadapi masa depan kita dengan lebih yakin dan berani.Even seorang usahawan yang berjaya pun mereka sebenarnya belajar sesuatu yang baru daripada kesilapan mereka yang lalu,kerana kesilapan banyak memberi inspirasi untuk terus maju llebih kehadapan bukannya mundur.
Oleh itu,marilah kita belajar daripada kesilapan kita yang lampau agar dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan kita seharian supaya kita lebih maju kehadapan dan jangan berada dalam takuk yang lama.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Wednesday 4 March 2015

Roommate aku

Asssalamualaikum...

Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu, sayangku. haaa... Nak tau sapa? Hehe. Meh ku nak bagi tahu.

Ni aku nak cita pasal rooommate aku ni. Nama dia???  Nak tahu cari la sendiri. hehe.... Dia seorang yang sporting. Redha ja dengan perangai aku walaupun aku perangai tak ketahuan. Dia seorang yang sangat lawak. Lawak dia kadang-kadang tanpa dia sedar dia buat lawak. Tengok sekarang dia dah redha dah. hihi...

Dia ada bias. jeng jeng jeng. iaitu baekhyun exo. Sapa berani ambik? Prepare siap-siap. Hehe...jangan harap boleh amik..hahahahah...roomate aku ni tak suka makan pedas sama dengan aku..tapi setiap kali kitorang pesan makanan yang orang kata tak pedas...mesti kitorg rasa pedas...hahahah....

Dia rapat dengan jiran bilik sebelah. kalau depa bergabung meletup. Habis aku kena dengan diorang. hehe... tapi kalau depa tak da sunyi ja rasa. Harap dapat stay dengan diorang walaupun aku selalu kena.

Okaylah. Nanti kita sambung lagi.


Me

Assalamualaikum....

Di sini aku ingin memperkenalkan diri aku. Nama aku Nor Liyana, tapi waktu sekolah dulu kawan-kawan panggil aku Dekna, tapi sekarang kawan-kawan aku panggil Yana. Aku dilahirkan pada 7 Nov 1995. Aku berasal dari Taman Sri Landak, Kedah Darul Aman. Tempat tinggal aku terletak di sempadan Perak. Aku merupakan anak bongsu dari lapan orang adik-beradik. Manja tu biasalah sebab aku anak bongsu kan..hihihi...

Mendengar lagu adalah hobi aku, genre lagu yang aku suka ialah Kpop...Antara lagu kesukaan aku ialah 'Just One day by BTS', 'Growl by 'EXO' dan banyak lagi. Aku kadang-kadang teringin juga nak kompose lagu tapi aku tak reti nak tulis lirik lagu dan main alat muzik...angan-angan je boleh, pendam dalam hati saja lah...hihihi...Kalau nak cerita pasal pengalaman sukan-sukan ni...memang aku saja lah yang tengok orang main...hahahaha....

Kadang-kadang aku ni seorang yang perahsia sikit tapi bila masuk belajar kat UKM ni...susah aku nak simpan rahsia,sebab...ada kakak-kakak yang pandai korek rahsia, diorang dua tu tahu je kalau aku ada sorok apa-apa atau mood aku tak menentu...hihi...sayang kakak-kakak ku...hahahaha...roomate dan jiran bilik sebelah aku pon boleh tahan juga kalau bab nak kenakan aku ni...adooiiiii....hahah....yang penting aku gembira dengan diorang.

hihihi...

okay lah...sampai sini je lah cerita pasal diri aku..nanti kita sambung lagi..
nak tulis korea sikit lah...

Annyeoonggg...!!!

:)