Wednesday 8 April 2015

Peraturan

Assalammualaikum semua....

Minggu ni tajuk aku dapat peraturan. Peraturan adalah sesuatu yang kita patut patuhi. Ada banyak peraturan dalam hidup ini. Peraturan akan mengajar kita untuk lebih berdisiplin. Contoh peraturan ialah peraturan dalam kelas, peraturan dengan guru, peraturan dalam peperiksaan dan lain-lain lagi. Peraturan akan sentiasa akan ada dalam kehidupan kita. Setiap perkara ada peraturan yang tertentu. Sesetengah peraturan ada yang disukai dan ada yang tak boleh masuk dengan diri.



Aku ni bukan la jenis suka ikut peraturan sangat. Tapi yang mana aku rasa patut untuk aku ikut aku ikut. Normal la kalau dok sekolah berasrama. Sapa tak pernah ponteng prep, tak g surau untuk solat jemaah dengan tak hantar homework. Ditambah pula ada geng. Memang tak terkata. Tambah kalau nak bangun awal semata-mata nak tanda kehadiran untuk hadir solat subuh. Dah surau jauh. Memang tak la. Biasanya awal-awal pengajian ja nak ikut peraturan. Nak hujung-hujung ni pakat-pakat malas dah. Kelas tu ada yang g lewat.

Peraturan tu memang penting. Kadang-kadang kita rasa seronok nak langgar peraturan. Biasa la tu. Sapa yang tak suka langgar peraturan. Tambah peraturan yang tak berapa nak penting sangat. Tapi kita perlu didik diri kita jugak agar diri kita lebih berdisiplin.

Setakat ini sahaja la. ok
Bye

.

No comments:

Post a Comment