Wednesday 15 April 2015

Realiti

Assalammualaikum semua...

Adakah realiti hidup kita akan sama untuk setiap orang? Kalau realiti kita sama kenapa setiap orang mempunyai hidup yang berbeza. Ada yang hidup dalam kesenangan, ada yang hidup boleh menampung keperluan sahaja, dan ada kadang nak makan pun tak mampu. Jawapannya realiti hidup setiap orang berbeza.



Setiap orang ada impian. Impian yang ingin dikecapi tidak sama. Ada yang nak kerja hebat, rumah besar,  kereta mewah. Ada juga nak hidup sederhana, rumah teres, kerja yang boleh bagi cukup makan. Ada yang ingin kejar minat. Jadi penyanyi, pelakon, penari dan pelukis.

Kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan. Dengan berusaha, kita mampu untuk dapat apa yang diingini. Kadang kita kena terima apa yang telah ditentukan kepada kita.Kita perlu bersyukur dengan apa yang perolehi. Hidup dalam impian memang seronok. Tapi kita perlu berusaha agar impian itu boleh dikecapi.

Setakat ni la sahaja yang mampu saya sampaikan. Kita jumpa lagi minggu depan.
Bye...

No comments:

Post a Comment