Wednesday 1 April 2015

Tanggungjawab

Assalamualaikum semua...

Tanggnungjawab.... Sesuatu yang sukar dikatakan.  Setiap orang ada tanggungjawab yang tersendiri. Tanggungjawab ialah sesuatu kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Ada kadang dia di luar jangkaan. Kita tak tahu setakat mana kemampuan kita. Kadang-kadang tanggungjawab memberi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan.



Tanggungjawab terhadap diri sendiri
Tanggungjawab terhadap Islam (agama)
Tanggungjawab terhadap mak ayah
Tanggungjawab terhadap adik beradik
Tanggungjawab terhadap masyarakat
Tanggungjawab terhadap negara

Sebagai seorang muslim, kita diberi tanggungjawab sebagai khalifah. Setiap orang mempunyai tanggungjawab terhadap perbuatan diri sendiri. Setiap orang perlu berusaha dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Semoga tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik. Sekiranya tanggungjawab itu sukar, mohonlah bantuan kepada yang lebih mahir. Kita dapat belajar sesuatu daripada orang lain. Tidak semua orang perfect dalam dunia ini.

Semoga kita dapat berjumpa lagi.
Bye


No comments:

Post a Comment