Wednesday 8 April 2015

Detik-detik yang tak diduga

Assalammualaikum semua...

Hari ini aku nak cerita pasal sabtu minggu lepas. Aku dengan member aku keluar jalan-jalan untuk nak sambut habis program la. Kami semua pi port dickson. Bagi aku first time pi sana. Tambah aku dok kat kedah memang susah nak turun bawah nak keluar jalan.



Kami semua mandi dulu. Rendam dalam air kejap. Kami semua kira nak naik banana dengan "sofa" . Sofa tu sebab tak tau nama kira boleh la ambik nama tu. Habis berendam kami semua kira nak naik banana la. Time nek banana tu tak pa lagi. Banana nek 6 orang. 2 orang kat depan menjerit kuat. Yang duk kat belakang ni tak tahan. Bukan tak tahan nek banana tapi tak tahan nak tergelak kat yang duk depan.

Pastu kami nek sofa lak. Mula-mula tu naik sofa kata nak ekstrem sikit. Sekali orang tu bawak pergh. Laju gila. Aku yang duk kat belakang ni dari berdiri siap terduduk bab tak tahan dengan laju dia. Duduk2 sekali semua pakat masuk dalam air. tengah2 pulak tu.  Kaki pakat tak sampai. Waktu nak nek sofa tu memang orang tu tolong. Aku pegang member aku tapi aku terlepas. Pastu arus tolak ke belakang sikit. Kaki aku tak leh nak gerak. Waktu memang macam dah pasrah dah. Nasib baik kawan aku cuba sedaya upaya tarik aku. Dah siap naik sofa. Aku tukar dengan kawan aku. Kira aku duduk pulak Ingat orang tu nak bawak slow. Rupanya lagi laju. Kawan aku siap jadi superman lagi bab tergelincir kaki. Nasib baik member aku tengok.
Tidak tak tau apa yang jadi.

Habis tu semua dah serik dah. Semua pakat nak balik dah. hehe. Penagan sofa tu. Memang detik yang tak diduga. Tak sangka boleh jadi macam ni. Memang kenangan la.

Okey la untuk minggu ni. Sampai sini sahaja la cerita untuk minggu ni. Kita jumpa lagi.
Bye

No comments:

Post a Comment