Wednesday 22 April 2015

On the way

Assalamualaikum semua.....
aku tanya apa khabar semua??
hehehehe...

Apa macam cuti mid sem? Best tak? Hampa p mana tak cuti? Aku cuti tak pi mana-mana pun. Kejap ja kan cuti seminggu. Pejam celik pejam celik dah seminggu. cuti. Malas tak pi universiti. Aku kerja tengok tv, makan, minum dengan tidur. Dah cuti kena nikmatinya sepenuhnya. Kan.



Waktu aku nak balik ke ukm, aku balik nek bas. Bas aku pagi. Memang mengantuk la aku. Dah seminggu kat rumah aku bangun lewat sikit. Faham-faham la maksud dia. Bila bas dah gerak, dah set nak tidur. Sepanjang perjalanan, aku cuba nak tidur tapi tak leh nak tidur nyenyak.Tapi ada waktu tu memang tidur tak sedar apa.

Bila sampai kat tempat R&R, aku dengan kawan aku nak p toilet. Waktu nak turun dari bas, aku sempat usha bas sebelah. Aku heran bab pa bas sebelah semua orang pakai baju sama ja. Aku dengan mamai dan tak tahan nak pi toilet. Memang lambat nak faham. Bila baca nama bas tu, baru faham. Bas tu bas dari penjara. Aku lepak kat luar toilet kejap sebelum nak bas. Banduan dalam bas tu gilir-gilir gi toilet. Aku takut bila nampak polis tu bawak senapang. Seram siot.  Aku tak leh bayangkan aku jadi cam tu. Memang aku jalan belakang kawan aku. Kira naik bas tu, aku sempat usha kat bas sebelah.

Bila bas gerak aku sambung balik, aku sambung aku punya tidur. Tup tup dah sampai kat ukm. Start balik la hidup aku sebagai seorang pelajar kat sini.

Good luck semua untuk exam mid exam. Harap semua dapat buat yang terbaik.
Bye.

No comments:

Post a Comment